Wednesday 2 November 2016

Asasi Vs Matrikulasi Vs Diploma Vs Stpm



Asasi? Matrikulasi? Diploma? Stpm?
Entry ni khas untuk korang yang confius nak buat pilihan tempat belajar. For your information, ni just pendapat and pengalaman aku je ok. Apa-apa hal pun korang yang decide ye. So, let’s begin !

Aku dulu tak tahu pun beza apa tu diploma, asasi, degree apa semua. And aku jugak tak tahu kalau nak jadi doctor or ambil biomedical engineering kena ada bio. Noob gila aku nihhh. Nak buat macam mana aku ni dah la anak first. Mak ayah aku pun bukannya tau sangat benda ni. Yang depa tau masuk university ni hebat and dapat kerja. Hujung form 5 baru la aku tau and aku menyesal tak ambil tau benda ni dari awal lagi. So, aku akan terang untuk Pre-U dulu ok. Just a quick review

1)Diploma
-Mostly ambil masa 2 ½ tahun dan 3 tahun
-Perlu 3.0 ke atas untuk sambung degree
-Boleh pendekkan masa untuk degree depends kepada credit hours yang boleh transfer. Kalau korang ambil course yang sama and university yang sama, cerah lah peluang korang untuk pendekkan masa.

2)Asasi / Matrik
-Ambil masa setahun je
-Ada elaun

3)Form 6
-Ambil masa 1 ½ tahun

5)Politeknik
-Lebih kurang macam diploma
-Bezanya tempat belajar saja

6)Kolej Komuniti

Ni untuk yang kolej kerajaan ja la. Ada lagi yang lain macam A-Level and IB tapi usually di university swasta or budak-budak biasiswa yang ambil. Keputusan SPM aku dulu cuma 6A 3B. Tak hebat macam orang lain tapi alhamdullilah dengan keputusan ni aku layak sambung belajar tempat yang aku nak. Ok la tu. Lepas ja dapat keputusan SPM terus aku isi biasiswa, upu, kpm and semuanya la. Tapi tak sempat pun actually sebab aku nak kena pergi cyber café baru boleh isi. Sumpah aku menyesal gila tak belajar betul-betul time SPM dulu. Baru la aku tau betapa susahnya nak meet requirement course and biasiswa yang aku nak. Mostly untuk biasiswa dia nak 8A and above. Hancur harapan aku nak belajar kat Korea huhuhuh. So, korang tolong belajar elok-elok k.

Untuk biasiswa aku just dapat ujian saringan and interview je. Tapi aku tak pergi la sebab jauh. Lagipun aku dah memang target nak masuk matrik time tuhh. Semangat dowhh. Contohnya, biasiswa untuk Program Akauntan Muda apa ntah aku tak ingat. Dia buat kat Intec, Shah Alam. Perghhh. Dari Penang nak ke Shah Alam memang tak pergi la aku. IPG pun aku dapat jugak untuk UKCG test. Aku tak pergi pasal kecewa tak dapat matrik time tu. Actually macam ni, keputusan matrik keluar 14/4/2016 and hari tu jugak aku ada test UKCG. Tepat 12 malam terus aku cek, dia tulis aku tak berjaya. Perasaan time tu memang sedih yang amat and aku nangis teruk gakk arr. Kawan aku semua terkejut ‘ehh, pehal hang tak dapat. Aku yang 5A pun dapat’. Diorang bagi kata nasihat apa semua kat aku. Tu la sebab aku tak pergi IPG. Alasan macam clichĂ© kan ahahaah. Malas pun ya jugak. Dua tiga hari lepas tu aku cek balik tiba-tiba dapat pulak. Maybe system dia gelong kut time tu. Kiranya aku dapat dua tawaran la form 6 and matrik. Sepatutnya, semua pelajar boleh dapat salah satu ja. Lucky la jugak aku ni ahahhah. Kadang-kadang UPU pun macam tu jugak. Jangan putus asa ok kalau korang tak dapat. Cek dua tiga kali.

Untuk Kolej Profesional Mara (KPM), alhamdullilah aku dapat first choice. HND in Computing Software. Actually aku ambil course tu sebab nak fly pergi oversea. Program HND ada tiga ja di bawah KPM. Lagi dua course mengenai bisnes. Setiap tahun Mara akan hantar pergi UK or maybe tempat lain untuk sambung degree selama sembilan bulan kalau lepas pointer. Korang boleh mohon melalui web UPIM. Search dekat google. UPIM ni ada macam-macam contohnya KKTM, KPM dan GMI. Semuanya dapat elaun RM300 sebulan. Mana nak cari wehh. Selalunya budak-budak diploma ni kena pinjam ptptn ok. So baguslah kalau masuk sini. At least boleh ringankan beban mak ayah. Memang worth it la orang cakap.

Untuk UPU, aku dapat fifth choice aku iaitu Asasi Law, UITM. Tapi aku tolak la. Ramai orang macam tak setuju la dengan keputusan aku tuhhh. Yela bukan senang nak masuk university. First tu aku ingat nak accept tawaran tuhh. Tapi bila fikir balik tentang pros and cons berdasarkan situasi aku time tuhh. Better aku pergi matrik.

Matrikulasi
Asasi
Dekat dengan rumah
Masuk daftar awal bulan. Sekurang-kurangnya sempat kumpul duit.
Jimat duit nak beli tiket balik
Aliran sains
Jauh dari rumah
Masuk daftar time hujung bulan. Membebankan mak ayah sebab tak dapat gaji lagi (daftar pertengahan / hujung bulan 5).
Banyak guna duit untuk beli tiket balik.
Aliran sastera

So, akhirnya aku memilih matrik sebab aku taknak la aku masuk asasi sebab nak kejar title asasi tu sendiri. Maklum lah bila sebut asasi je orang akan expect as budak pandai and everything. Alhamdulillah, aku rasa memang aku buat pilihan yang tepat.